Wednesday, August 19, 2009

Selsema Babi paling Buruk Di Dunia?



Selesema babi pandemik paling buruk dunia

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
shahara.ghazali@utusan.com.my

20 ogos 2009

Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.

Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.

Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.

Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.

Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.

Selesema Spanish 1918

Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969.

Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.

Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.

Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.

Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.

Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.

Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.

Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.

Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.

Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS.

Terlepas pandang

Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.

Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.

Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.

Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam.

CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.

Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.

Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.

Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.

Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.

Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.

Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.

WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.

Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan.


Sunday, August 2, 2009

Terkini : Influenza A H1N1


Influenza A (H1N1): More anti-viral drugs ordered

2009/08/02

GENTING HIGHLANDS, Sun: More anti-viral drugs have been ordered as a contingency measure until an anti-influenza A (H1N1) vaccine becomes available at the end of the year, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.


"I have instructed there be a sufficient stockpile of anti-viral drugs to treat Influenza A(H1N1) patients in combating the outbreak of the disease in the country," he told reporters after attending Pahang MCA’s annual convention here today. He said the special inter-ministerial committee on the outbreak, chaired by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin, would be meeting on Tuesday to formulate further plans, including involving state governments and local authorities, to join the effort to stem the spread of Influenza A (H1N1) in the country.

On another note, Liow said Malaysia was also working closely with the 167 countries affected by Influenza A (H1N1) outbreaks to combat the pandemic.


According to the World Health Organisation’s statistics, the number of cases of the disease has reached 183,826 with 1,301 deaths.


Malaysia has recorded over 1,000 cases with six deaths. -- BERNAMA


Saturday, July 18, 2009

Influenza A H1N1 : Maklumat Terkini

Perkembangan terkini mengenai wabak Influenza A H1N1 boleh dibaca pada link di bawah,

sila klik sini

Saturday, June 20, 2009

Terkini : H1N1- 7 lagi dikesan,1 Jangkitan tempatan


H1N1: 7 lagi kes dikesan, satu lagi jangkitan tempatan

Jun 20, 09 1:59pm


Tujuh lagi kes influenza A (H1N1), termasuk satu kes jangkitan tempatan, dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan keas tersebut setakat ini meningkatkan kepada 42 kes.

Kesemua kes tersebut membabitkan warganegara Malaysia. Lima kes baru itu membabitkan mereka yang pulang dari Melbourne, seorang pulang dari London dan seorang lagi adalah kontak terdekat kes ke-28 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes ke-28 ini merupakan kes jangkitan tempatan kedua, demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan hari ini.

Kes ke-36 pula membabitkan seorang pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 11 tahun, yang telah bercuti ke Melbourne pada 10 hingga 16 Jun lalu.

Dia bercuti bersama nenek (kes-31) dan ahli keluarga yang lain seramai 11 orang. Empat daripada mereka telah dikesan positif influenza A (H1N1) sebelum ini.

Mereka balik ke Malaysia pada 16 Jun dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7 pagi tanpa sebarang simpton.

Pada 17 Jun, dia telah pergi ke SRJK (Cina), Jalan Davidson, Pudu, Kuala Lumpur. Dia mula batuk pada 17 Jun dan demam keesokan harinya dan disahkan positif influenza A (H1N1) semalam.

Berikutan itu, kementerian kesihatan sedang mengesan 47 pelajar dalam satu kelas yang sama dengannya dan meletakkan mereka di bawah kurantin rumah selama tujuh hari.

Kes ke-37 adalah seorang warga Malaysia lelaki berusia 22 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes ke-38 adalah seorang pelajar berusia 14 tahun yang pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia D7 2723 pada jam 7.30 pagi 14 Jun.

Manakala kes ke-39 adalah seorang wanita berusia 27 tahun, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pramugari dengan Syarikat Penerbangan Singapura.

Kes ke-40 pula membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai ejen farmasi, yang pulang dari Melbourne dengan pesawat Air Asia D7 2723 pada jam 7.30f pagi 17 Jun.

Manakala kes ke-41 membabitkan pelajar wanita berusia 19 tahun yang pulang bersama 11 anggota keluarganya dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7.30 pagi 16 Jun.

Kes ke-42 pula merupakan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pulang dari Melbourne dengan pesawat yang sama.

sumber : http:www.malaysiakini.com.my/

Monday, May 18, 2009

Makluman: Berhati - Hati Dengan Influenza A H1N1



Sila Klik Sini untuk artikel selanjutnya berkaitan H1N1.


PERHATIAN !!!


1. BERHATI-HATILAH DENGAN DEMAM SELSEMA BABI ATAU
INFLUENZA H1N1 YANG SUDAH MENYERANG NEGARA
KITA.SETAKAT INI(17.5.09) SUDAH ADA 2 KES SEMUANYA.

2. SEKIRANYA ANDA MENGALAMI DEMAM,SELSEMA,
SAKIT TEKAK,BATUK, SUSAH BERNAFAS,SAKIT
BADAN,SAKIT KEPALA DAN BARU PULANG DARI
LUAR NEGARA ATAU DARI NEGARA YANG SEDANG
DILANDA INFLUENZA H1N1…..SILA BAGITAHU KEPADA
STAF KLINIK INI SEGERA SEWAKTU MENDAFTAR DI
KAUNTER ATAU SILA BAGITAHU DOKTOR DENGAN
SEGERA.

3. SEKIRANYA ADA TANDA-TANDA DI-ATAS,PESAKIT
DIMINTA MEDAPATKAN “ALAT PERLINDUNGAN
PERNAFASAN” ATAU “FACE MASK” DI KAUNTER KLINIK
DAN SILA DUDUK DITEMPAT BERASINGAN YANG
DISEDIAKAN.

4. SEGALA KERJASAMA ANDA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT,
SILA LAYARI BLOGSPOT DR ZAKI DI

http://www.klinikbimasakti.blogspot.com/


TERIMA KASIH, HARAP MAKLUM.



Sunday, May 17, 2009

Mutiara Kata Dr Bima Sakti : (1) - Jangan Terlalu Membenci Sesuatu.



Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah jadikan keatas setiap makhluknya mempunyai hikmah yang tersendiri.Oleh itu janganlah kita terlalu bersedih atau membenci setiap apa yang Allah lakukan itu.Mungkin Allah mahu menguji setakat manakah tahap keimanan dan kesabaran hambanya atau Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita telah sedia ada.Begitu juga dengan pergaulan kita sehari-hari,janganlah kita menyimpan perasaan benci ,dendam dan buruk sangka terhadap orang lain.Mungkin pada suatu hari orang yang paling kita benci itulah sebenarnya akan sahabat kita yang paling baik dan membantu kita pula.Seperti firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 216 yang bermaksud “…boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu…”

Thursday, May 14, 2009

Kaedah Pemakanan Dan adat Menurut Islam.


Tajuk : Kaedah Pemakanan Dan Adat Menurut islam.

Artikel Oleh :
Dr Mohd Zaki - Klinik Bima Sakti


Sebenarnya banyak penyakit yang dihidapi oleh manusia berkait rapat dengan cara pemakanan kita.Nabi Muhammad serntiasa mengingatkan umat islam berkaitan dengan bahaya perut supaya mereka berwaspada dengannya.Dalam kitab Ihya Ulumuddin,Imam Al-Ghazali menyenaraikan 7 adat SEBELUM makan yang perlu dijaga :


1.Memastikan makanan adalah dari sumber yang halal.

2.Membasuh tangan.

3.Meletakkan makanan didalam bekas dan makanan diletakkan diatas lantai untuk melatih diri bersikap tawadduk.Namun sekiranya makanan diletakkan diatas meja,tanpa melampau batas,maka ia tidaklah dihalang.

4.Duduk dengan cara yang betul.Dilarang makan sambil berdiri,berbaring atau bersandar.

5.Makan dengan niat supaya makanan itu memberi kekuatan untuk beribadah kepada Allah.

6.Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah.

7.Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak-anak sendiri.

Al-Ghazali juga menyenaraikan adab KETIKA makan iaitu:
1.Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa.

2.Makan dengan tangan kanan.

3.Mengunyah dengan baik.

4.Jangan mencaci sebarang makanan.

5.Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.

6.Jangan menghembus makanan yang panas.Tunggu dengan sabar .

7.Jangan makan secara berlebihan.

8.Apabila terpaksa minum air,pastikan ia sedikit sahaja kecuali sekiranya perlu.


Manakala adab SELEPAS makan beliau menyarankan :
1.Berhenti makan sebelum kenyang.

2.Menjilat jari.

3.Membasuh tangan.

4.Berdoa.

5.Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing.

6.Banyak bersyukur kepada Allah.

7.Beristighfar supaya diampunkan Allah andai kata terdapat unsur-unsur syubhah pada makanan itu.


Penyakit Dan Penyembuhan Adalah Dari Allah.


Artikel Oleh : Dr Mohd Zaki - Klinik Bima Sakti.


1.Setiap penyakit dan penyembuhan adalah ditentukan oleh Allah.Sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Qasas ,ayat 68 yang bermaksud “Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia suka dan Dialah yang memilih apa yang dia suka.Sekali-kali tidak ada pilihan untuk mereka”


2.Keyakinan kepada firman Allah itu mengajar dan mendidik jiwa kita supaya tidak takbur sekiranya berjaya menyembuhkan penyakit yang kita hidapi kerana yang menyembuhkan itu adalah Allah.


3.Keyakinan ini juga mendidik jiwa kita supaya sentiasa tabah menghadapi penyakit yang merupakan ujian dari Allah dengan penuh kesabaran,malah sentiasa berusaha mencari penawar kepada penyakit tersebut dan tidak akan sekali-kali berserah kepada takdir kerana yakin sekiranya Allah mahukan penyakit itu sembuh,maka sembuhlah ia.


4.Keyakinan dan iman yang teguh kepada Allah dalam mengharungi segala musibah ini juga membentuk satu peribadi yang sentiasa berdoa dan berharap kepada bantuan Allah bagi menyembuhkan penyakitnya.


5.Berikhtiar dengan berbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan dalam agama.Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakkal..Sebagaimana sahabat nabi Usamah bin Syuraik berkata..”aku berada disisi rasulullah,tiba-tiba datanglah beberapa orang arab badwi dan mereka berkata- Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?..maka nabi menjawab “wahai hamba-hamba Allah,berubatlah,kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat baginya kecuali satu sahaja!”mereka bertanya “apakah itu ya rasulullah?” maka nabi menjawab “penyakit tua”- hadis riwayat bukhari,Ahmad,abu daud ,ibn majah,an-nasai dan tarmizi.


6.Rasulullah juga turut berikhtiar contohnya baginda berbekam untuk menunjukkan kepada ummat bahawa konsep berikhtiar itu mesti ada,namun urusan penyembuhan itu kita serahkan kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.


7.Untuk merealisasikan semua itu ,ia memerlukan daya kesabaran yang tinggi di samping terus bermunajat dan berdoa kepada Allah selalu.
Sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
Maka hendaklah kita selalu berbaik sangka selalu kepada Allah.

Waktu Rundingan / Rawatan Klinik Bima Sakti



Sabtu hingga Khamis :

8.30 pagi - 1.00 petang
2.30 petang - 5.00 petang
8.15 malam - 10.30 malam

Jumaat :

Dibuka malam sahaja
8.15 malam - 10.30 malam

Cuti Am:

8.30 pagi - 1.00 petang
2.30 petang - 5.00 petang
8.00 malam - 10.30 malam

SELAMAT DATANG

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Kata - Kata Aluan



Alhamdulillah....

Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpahan izin dan rahmatNya, dapat kita bertemu disini. Semoga pertemuan ini memberi manfaat yang merupakan kesihatan kepada anda dengan izinNya dan ganjaran pahala dan kebajikan kepada saya.

Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah, Pencipta sekelian alam ini tidak akan menurunkan penyakit tanpa diturunkan juga ubat atau penawarnya. Maka terpulanglah kepada kita, makhluknya untuk berusaha mencari penawarnya. Janganlah mudah berserah kepada takdir semata-mata tanpa berusaha mencari penawarnya.

Saya, Dr. Mohd Zaki bin Mah San sebagai pengurus dan doktor yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas klinik ini, mengucapkan selamat datang ke Klinik Bima Sakti, semoga anda semua beroleh nikmat berupa kesihatan yang tidak ternilai harganya dengan izin Allah. Sesuai dengan motto klinik ini iaitu "Kesihatan Anda Keutamaan Kami", kami menyediakan kaedah perubatan moden yang berkonsepkan perubatan islam agar pesakit beroleh kesihatan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.