Thursday, May 14, 2009

Penyakit Dan Penyembuhan Adalah Dari Allah.


Artikel Oleh : Dr Mohd Zaki - Klinik Bima Sakti.


1.Setiap penyakit dan penyembuhan adalah ditentukan oleh Allah.Sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Qasas ,ayat 68 yang bermaksud “Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia suka dan Dialah yang memilih apa yang dia suka.Sekali-kali tidak ada pilihan untuk mereka”


2.Keyakinan kepada firman Allah itu mengajar dan mendidik jiwa kita supaya tidak takbur sekiranya berjaya menyembuhkan penyakit yang kita hidapi kerana yang menyembuhkan itu adalah Allah.


3.Keyakinan ini juga mendidik jiwa kita supaya sentiasa tabah menghadapi penyakit yang merupakan ujian dari Allah dengan penuh kesabaran,malah sentiasa berusaha mencari penawar kepada penyakit tersebut dan tidak akan sekali-kali berserah kepada takdir kerana yakin sekiranya Allah mahukan penyakit itu sembuh,maka sembuhlah ia.


4.Keyakinan dan iman yang teguh kepada Allah dalam mengharungi segala musibah ini juga membentuk satu peribadi yang sentiasa berdoa dan berharap kepada bantuan Allah bagi menyembuhkan penyakitnya.


5.Berikhtiar dengan berbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan dalam agama.Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakkal..Sebagaimana sahabat nabi Usamah bin Syuraik berkata..”aku berada disisi rasulullah,tiba-tiba datanglah beberapa orang arab badwi dan mereka berkata- Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?..maka nabi menjawab “wahai hamba-hamba Allah,berubatlah,kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat baginya kecuali satu sahaja!”mereka bertanya “apakah itu ya rasulullah?” maka nabi menjawab “penyakit tua”- hadis riwayat bukhari,Ahmad,abu daud ,ibn majah,an-nasai dan tarmizi.


6.Rasulullah juga turut berikhtiar contohnya baginda berbekam untuk menunjukkan kepada ummat bahawa konsep berikhtiar itu mesti ada,namun urusan penyembuhan itu kita serahkan kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.


7.Untuk merealisasikan semua itu ,ia memerlukan daya kesabaran yang tinggi di samping terus bermunajat dan berdoa kepada Allah selalu.
Sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
Maka hendaklah kita selalu berbaik sangka selalu kepada Allah.

No comments:

Post a Comment